Sunday, December 27, 2009

suatu permulaan..

titisan jernih embun kian hilang
ditelan sinar matahari
yang mula meninggi di kaki langit

suasana pun mula beralih hening
bertukar rupa dan bermulalah
kedengaran nyanyian unggas
mendendangkan lagu kehidupan

di ketika ini, dari pelusuk rimba
bertaburanlah penghuninya
mencari rezeki dan kedamaian
menyambung nyawa dan hasrat
bagi sebuah permulaan
yang tidak ketahuan sudahnya

namun yang pasti dan realitinya
episod kehidupan ini
akan bermula sekali lagi
bila lama disapa mentari pagi

Sunday, November 29, 2009

sahabat atau kekasih..

aku tak pernah
menjanjikan kau apa-apa
kerana aku tahu
antara kita berdua
lebih serasi menjadi sahabat

usahlah kau mendesak lagi
bukan aku melawan takdir
tapi percayalah
mungkin ini ketentuannya

mungkin selepas ini
kita dapat membezakan
antara perasaan cinta
dan setiakawan

sahabat..
aku harap kau tidak bertanyakan lagi
'bila tarikhnya akanku hantar
sirih junjung ke rumahmu?'

Friday, November 27, 2009

suatu permulaan..

titisan jernih embun kian hilang
ditelan sinar matahari
yang mula meninggi di kaki langit

suasana pun mula beralih hening
bertukar rupa dan bermulalah
kedengaran nyanyian unggas
mendendangkan lagu kehidupan

di ketika ini, dari pelusuk rimba
bertaburanlah penghuninya
mencari rezeki dan kedamaian
menyambung nyawa dan hasrat
bagi sebuah permulaan
yang tidak ketahuan sudahnya

namun yang pasti dan realitinya
episod kehidupan ini
akan bermula sekali lagi
bila lama disapa mentari pagi

suatu permulaan..

titisan jernih embun kian hilang
ditelan sinar matahari
yang mula meninggi di kaki langit

suasana pun mula beralih hening
bertukar rupa dan bermulalah
kedengaran nyanyian unggas
mendendangkan lagu kehidupan

di ketika ini, dari pelusuk rimba
bertaburanlah penghuninya
mencari rezeki dan kedamaian
menyambung nyawa dan hasrat
bagi sebuah permulaan
yang tidak ketahuan sudahnya

namun yang pasti dan realitinya
episod kehidupan ini
akan bermula sekali lagi
bila lama disapa mentari pagi

Thursday, November 26, 2009

renungan..

teman..
indah lakumu seindah namamu
sehalus budi sesegar senyumanmu
kau menongkah arus duniawi
pantang berundur sebelum titik terakhir

teman..
bicaramu penuh kata hikmah
perangsang utuh insan kesepian

teman..
kini kau muncul sekali lagi
hayunan langkah penuh misteri
rahsia jiwa fikiran mindamu
Tuhan penentu segala

teman..
buih di lautan usah kau citakan
ilmu di dada usah dilekakan
bajailah ia dengan penghayatan
siramilah ia dengan keikhlasan
tenang jiwa bahagia segalanya

teman..
ukhuwah terjalin hampir ke senja
siraman air mata usah kau cucurkan
andai noktahku sampai ke senja
anggaplah sebagai dugaan semata
maaf di atas segalanya
salam ukhuwah,pembuka minda
pencetus segalanya...

selamat tinggal cinta..

angin, perlahan menerpa ke wajah
duka semalam masih memedihkan
aku disini kaku dan tidak berdaya
kerana luka, membelenggu hidupku

dulu..akulah penyeri hidupmu
dan kau sandarkan duka di bahuku
lalu, dengan rela hatimu kusambut
sayangnya, budiku kau balas derita

semudah itu kau lontarkan aku
takdir, adakah ini dugaan untukku?
biarlah kubenamkan kenangan itu
yang pasti pahit untuk kukenangi

selamat tinggal sayang..
aku kan pergi jauh mengembara
mencari kedamaian hati yang pasti
lupakanlah aku yang terluka ini

pergilah dengan kebahagiaanmu
di hujung pengembaraan ini
mungkin akan kutemui bahagia
lumrah, kita disayangi bila diperlukan
selamat tinggal derita..

Wednesday, November 25, 2009

irama cinta

melodi indah berlagu riang
menyambut kedatangan kekasihku
terukir senyuman di bibirmu
terungkap kalimah menyentuh hati

mekar warna merah jambu
sang tulip kembang setaman
kau hiaskan ceria tanda kasih
mendamaikan rindu didada

duhai kekasih, ikhlas kusayangi
air mataku membasahi pipi
bersyukur dengan takdir
yang menghadirkan dirimu-diriku
dalam sebuah lagu dan irama

tulus suci kasih kita
sewangi bunga mawar
selembut tulip merah jambu
menghiasi taman hati berlagu
dan irama cinta pun bersemi