Sunday, November 29, 2009

sahabat atau kekasih..

aku tak pernah
menjanjikan kau apa-apa
kerana aku tahu
antara kita berdua
lebih serasi menjadi sahabat

usahlah kau mendesak lagi
bukan aku melawan takdir
tapi percayalah
mungkin ini ketentuannya

mungkin selepas ini
kita dapat membezakan
antara perasaan cinta
dan setiakawan

sahabat..
aku harap kau tidak bertanyakan lagi
'bila tarikhnya akanku hantar
sirih junjung ke rumahmu?'

Friday, November 27, 2009

suatu permulaan..

titisan jernih embun kian hilang
ditelan sinar matahari
yang mula meninggi di kaki langit

suasana pun mula beralih hening
bertukar rupa dan bermulalah
kedengaran nyanyian unggas
mendendangkan lagu kehidupan

di ketika ini, dari pelusuk rimba
bertaburanlah penghuninya
mencari rezeki dan kedamaian
menyambung nyawa dan hasrat
bagi sebuah permulaan
yang tidak ketahuan sudahnya

namun yang pasti dan realitinya
episod kehidupan ini
akan bermula sekali lagi
bila lama disapa mentari pagi

suatu permulaan..

titisan jernih embun kian hilang
ditelan sinar matahari
yang mula meninggi di kaki langit

suasana pun mula beralih hening
bertukar rupa dan bermulalah
kedengaran nyanyian unggas
mendendangkan lagu kehidupan

di ketika ini, dari pelusuk rimba
bertaburanlah penghuninya
mencari rezeki dan kedamaian
menyambung nyawa dan hasrat
bagi sebuah permulaan
yang tidak ketahuan sudahnya

namun yang pasti dan realitinya
episod kehidupan ini
akan bermula sekali lagi
bila lama disapa mentari pagi

Thursday, November 26, 2009

renungan..

teman..
indah lakumu seindah namamu
sehalus budi sesegar senyumanmu
kau menongkah arus duniawi
pantang berundur sebelum titik terakhir

teman..
bicaramu penuh kata hikmah
perangsang utuh insan kesepian

teman..
kini kau muncul sekali lagi
hayunan langkah penuh misteri
rahsia jiwa fikiran mindamu
Tuhan penentu segala

teman..
buih di lautan usah kau citakan
ilmu di dada usah dilekakan
bajailah ia dengan penghayatan
siramilah ia dengan keikhlasan
tenang jiwa bahagia segalanya

teman..
ukhuwah terjalin hampir ke senja
siraman air mata usah kau cucurkan
andai noktahku sampai ke senja
anggaplah sebagai dugaan semata
maaf di atas segalanya
salam ukhuwah,pembuka minda
pencetus segalanya...

selamat tinggal cinta..

angin, perlahan menerpa ke wajah
duka semalam masih memedihkan
aku disini kaku dan tidak berdaya
kerana luka, membelenggu hidupku

dulu..akulah penyeri hidupmu
dan kau sandarkan duka di bahuku
lalu, dengan rela hatimu kusambut
sayangnya, budiku kau balas derita

semudah itu kau lontarkan aku
takdir, adakah ini dugaan untukku?
biarlah kubenamkan kenangan itu
yang pasti pahit untuk kukenangi

selamat tinggal sayang..
aku kan pergi jauh mengembara
mencari kedamaian hati yang pasti
lupakanlah aku yang terluka ini

pergilah dengan kebahagiaanmu
di hujung pengembaraan ini
mungkin akan kutemui bahagia
lumrah, kita disayangi bila diperlukan
selamat tinggal derita..

Wednesday, November 25, 2009

irama cinta

melodi indah berlagu riang
menyambut kedatangan kekasihku
terukir senyuman di bibirmu
terungkap kalimah menyentuh hati

mekar warna merah jambu
sang tulip kembang setaman
kau hiaskan ceria tanda kasih
mendamaikan rindu didada

duhai kekasih, ikhlas kusayangi
air mataku membasahi pipi
bersyukur dengan takdir
yang menghadirkan dirimu-diriku
dalam sebuah lagu dan irama

tulus suci kasih kita
sewangi bunga mawar
selembut tulip merah jambu
menghiasi taman hati berlagu
dan irama cinta pun bersemi

Tuesday, November 24, 2009

demi diri..

kini cinta tiada lagi buat diriku
aku bahagia dengan tiadanya cinta
kerana cinta aku sengasara
kerana cinta aku hampir putus asa

putusnya cinta antara kita
bukan bermakna dirimu kulupa
namun kuharap usah dikenangkan
kisah pahit manis antara kita

cukuplah sekadar diriku kau ingati
bukan kerana titisan air mata
kita terpisah kerana kehendak takdir

datangmu tidak kuundang
pergimu tidakku halang
aku insan tidak punya apa-apa
cuma memiliki sekeping hati

demi dirimu..kulepaskan
demi dirimu..kudoakan kau bahagia
demi dirimu..kukenal siapa diriku
demi dirimu..kukenal suka dan duka
demi dirimu..kukenal seribu macam persoalan dalam percintaan

musim bunga yang lalu

kita pun berpisah
engkau ke selatan
aku ke utara

engkau berangkat
meninggalkan taman
aku keseorangan
melihat mentari terbenam
di ufuk menemani diriku

di taman ini
dedaunan jatuh berguguran
siapalah yang menghitungnya
melainkan aku
hingga senja menyinsing
aku masih disini
dengan mimpi
yang kau hadiahkan
sewaktu kita masih bersama

ku tak tahu mengapa
aku begitu setia
menghitung dedaunan yang berguguran
dan masih menantikan dirimu

kau mungkin tahu
ada rindu sewangi kasturi
bermesra denganku
di kamar hatimu

Monday, November 23, 2009

kasih yang jauh..

aku kehilangan bayanganmu
membuatkan diri ini kesepian
keceriaan yang dahulu
kini berganti kesunyian

bila senja datang bertandang
pedih yang kurasa amat dalam
keresahan yang datang
membuatkan keadaan menjadi suram

bukan mudah bagi diri ini
untuk menunggu kepulanganmu
yang mungkin tak kembali
bersinar seperti dulu

di saat kita berjauhan
berbagai rintangan ditempuhi
setiap perubahan
bukan niat di hati

kesabaran diriku
tidak teguh untuk bertahan
segala kesihatan berpunca darimu
usah kau tinggal dalam keresahan

Sunday, November 22, 2009

badai rindu..

tika rembulan terbit di pagi hari
bintang berkedip di hujung sana
saat itu jua kuterlena alpa
kala sepi memburu perasaan

rindu..tak dapat kusingkirkan
meski kucuba lempar jauh-jauh
apalah dayaku, jasad yang lemah

aku tewas kerana cintamu
rinduku padamu tak terkata
inginku gapai namun jauh
kutanam rindu sedalam-dalamnya

inginku bicara, namun pada siapa
engkau jauh dari pandangan
mengapa ini harus terjadi
adakah nanti ada pertemuan

kuharap kau mengerti
hati ini telah terpaut padamu
tidak kuingin ungkapan dustamu
ku sudah bosan dengan kekecewaan

Saturday, November 21, 2009

lautku..

oh lautku
kini dadaku terasa lega
bila melihat pintu jendelamu
luas terbentang sepanjang masa

oh lautku
sungguh indah wajahmu
siang malam melirik senyumanmu
tiap turun dan tiap naikmu
tak jemu-jemu aku melihatmu

lautku
bayangan kasih mesra
dihujung bibirmu
sentiasa di ingatanku

gerhana kabus malam..

di persada sepi ini
di titian hamparan kerinduan
kemelut rasa membelai naluriku
termangu kaku mencerna realiti

di keterbatasan ini..
kuanyam rentetan harapan waktu
kusulam fantasi mimpi malam
menjadi arca yang indah
namun cuma ilusi rasa
yang bukan kalimah milikku

kini..
kusedari hasrat suci ini
cuma menyimpul warna pelangi
yang bertitisan di kekosongan
di pinggiran malam
bersama kabus dingin

akhirnya..
di keterpaksaan ini
ku pasrahkan rindu semusim
berarak bertaut pada bebayang
gerhana kabus malam
tetap menyimpan khazanah kenangan

Friday, November 20, 2009

bicara rindu..

kesyahduan di langit membiru
berlabuh di pelabuhan sepi
camar putih terbang pulang
ada tangan mengutip teritip di pantai

meninggalkan jejak di pasir waktu
tingkat usia kian mematangkan
gurau senda yang kelmarin
masih teguh disini
menghitung hari yang menghilang

membilang hari esok yang mendatang
tanpa kepastian
perca perca peristiwa
musim-musim yang terindah
gugur di kaki pohon kenangan
menjarak ilusi ke halaman rindu
mengetuk jendela mimpi
lantas kudakap menjadi ukiran jiwa
lestari abadi

wajah perasaan..

dari titisan hujan kukutip
dari waktu ke waktu
menjadi titik permulaan

kulakarkan wajah indah
bagai redupan masa
mencabangi usia waktu
dalam membungai cinta

aku karangkan puisi ini
dengan ikhlas buatmu
bagai menyatakan isi hatiku
menjadi titipan pelangi

di dadaku bergetar
berbunga suara
menggapai hasrat jiwa
untuk kuukir kenangan
dengan halus mungkin