kini cinta tiada lagi buat diriku
aku bahagia dengan tiadanya cinta
kerana cinta aku sengasara
kerana cinta aku hampir putus asa
putusnya cinta antara kita
bukan bermakna dirimu kulupa
namun kuharap usah dikenangkan
kisah pahit manis antara kita
cukuplah sekadar diriku kau ingati
bukan kerana titisan air mata
kita terpisah kerana kehendak takdir
datangmu tidak kuundang
pergimu tidakku halang
aku insan tidak punya apa-apa
cuma memiliki sekeping hati
demi dirimu..kulepaskan
demi dirimu..kudoakan kau bahagia
demi dirimu..kukenal siapa diriku
demi dirimu..kukenal suka dan duka
demi dirimu..kukenal seribu macam persoalan dalam percintaan
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment